Panduan membeli rumah baru ni mungkin sedikit berbeza daripada apa yang anda biasa dengar atau baca. Namun, menjadi harapan saya agar ianya sedikit sebanyak dapat membantu bakal pembeli yang lebih berminat membeli rumah direct daripada pemaju. Perlu diingat, kalau tips membeli rumah sebelum ini lebih menjurus kepada pemilihan kawasan, panduan membeli rumah baru ini pula lebih kepada pemilihan perumahan, projek atau unit tu sendiri.
Panduan Membeli Rumah Baru #1: Jangan Kelabu Dengan Janji Manis
Bukit beruntung dulu digembar-gemburkan sebagai Airport KL yang baru. Malangnya, impian hanya kenangan bila KLIA terletak di Sepang. Orang yang percaya dengan angan-angan ni rugi teruk bila beli rumah kat sana dengan harga yang sangat mahal. Nak sedapkan hati, ramai jugak buat rumah tu sebagai ‘weekend resort’ sebab sunyi jauh dari kota. Sampai sekarang kalau jual separuh harga pun belum tentu orang nak beli.
So berhati-hati lah bila bakal pemaju letakkan “tapak stesen LRT”, “proposed highway extension” atau “pusat membeli belah” sebagai pelaris. Pembangunan Malaysia masih banyak dipengaruhi unsur politik. Dan politik Malaysia kelihatan semakin menarik!
Panduan Membeli Rumah Baru #2: Jangan Tertipu Dengan FREE Stuff
Free SPA, guaman loan agreement percuma, bayaran faedah semasa construction ditanggung pemaju & pinjaman 110%; ini semua teknik jualan syarikat hartanah. Pemaju paling suka tanggung SPA (Sales & Purchase Agreement) supaya perjanjian tersebut dapat melindungi kepentingan mereka. Itu yang ada projek terbengkalai tapi pembeli kena bayar penuh pula. Memandangkan kesemua FREE stuff ditanggung pemaju, harga rumah pun dinaikkan sedikit. Namun, ramai pembeli tak sedar akan hal ni.
There is no such thing as free lunch, remember?
Benda-benda free ni banyak menjemput spekulator daripada pembeli rumah tulen. So bersedia la dengan lambakan iklan FOR SALE untuk separuh daripada rumah di kawasan perumahan tersebut.
Panduan Membeli Rumah Baru #3: Jangan Terpedaya Dengan Show Unit
Belum pernah lagi saya masuk show unit yang betul-betul kosong. Pasti show unit tersebut siap renovate dengan perabot yang betul-betul matching. Apa yang pemaju lupa nak beritahu, kalau nak renovate rumah sebegitu bersama dengan perabot yang sesuai, paling kurang RM200,000.
Jangankan renovation, grill, lampu & kipas pun tadak tau.
Tu yang kebanyakan pembeli rumah baru pasti renovate rumah sebelum masuk, partly because dah tengok rumah tu dengan interior design (ID) yang sangat lawo. Apa yang penting dalam show unit ni ialah hayati layout rumah tersebut sama ada ia sesuai dengan cara hidup anda atau tidak. Juga plan sama ada renovation nanti susah atau senang.
Panduan Membeli Rumah Baru #4: Elakkan Rumah Yg Mengadap Jalan Besar
Bunyi bising, asap & habuk antara sebab kenapa rumah yang mengadap Jalan Besar susah cikit nak jual. Juga sebab-sebab tersebut, nilainya lebih rendah berbanding unit-unit yang lain sekitarnya.
Panduan Membeli Rumah Baru #5: Elakkan Rumah Berdekatan Kumbahan
I think semua pun tahu kenapa la kan? Terutamanya jika anda bakal membeli rumah, apartment mahupun flat yang berharga kurang daripada RM50,000 di KL/ Selangor. Dunia ni tidak adil? Unfortunately, YES.
Kerajaan tempatan perlu seimbangkan keuntungan pemaju dengan kepentingan rakyat; so susah nak cakap. Namun ada juga rumah teres berharga RM250,000 yang terletak betul-betul sebelah loji kumbahan. Ramai pembeli tertipu sebab sistem kumbahan tersebut diliputi pokok-pokok hutan yang tebal. Pastikan anda bukan orangnya!
Panduan Membeli Rumah Baru #6: Jangan Terlalu Dekat Dengan Kedai
Memang betul lebih dekat dengan pusat komersil lebih mudah untuk kita beli barang, cucuk duit ataupun keluar makan. Namun untuk rumah LANDED tanpa G&G, terlalu dekat dengan pusat komersil mengundang penjenayah. Sebab susah untuk kita bezakan orang yang keluar masuk tu betul-betul pemilik rumah atau pun bakal perompak/ pencuri.
Kes yang paling popular ialah pencuri serbu time pemilik rumah tersebut cuba buka pagar rumah untuk masukkan kereta. Now you know kenapa jualan AutoGate sangat laris di pasaran…
Panduan Membeli Rumah Baru #7: Elakkan T-Junction & No 4
Saya tak percayakan fengshui. Tapi saya percaya kalau tak consider semua kepercayaan yang ada (kalau tak semua pun, sebanyak yang mungkin) dalam membeli rumah, kita boleh merana bila cuba nak jual atau sewa. Ini just in case, tak sapa tahu apa nak jadi in the future (bil perubatan yang tinggi, anak nak belajar luar negeri, kena tukar tempat kerja etc).
Pemaju yang bijak akan skip no 4 & 13 dan seboleh mungkin elakkan membina rumah yang mengadap T-junction. Namun tak semua pemaju ni bijak. Hatta pemaju popular pun tak banyak yang ambil tindakan ini.
Cukup bersedia nak beli rumah baru?
Sebelum harga rumah semasa naik 2x ganda?
* Daripada http://mysuperkids.net/panduan-membeli-rumah-baru/
EmoticonEmoticon