Keselamatan Jeriji ( Grill )

Masalah berhubung kesan pemasangan grille (jeriji) telah banyak diperkatakan, khususnya tentang kebaikan dan keburukannya kepada penghuni rumah terutama di waktu kecemasan.
Fungsi jeriji ini berubah mengikut situasi dari aspek keselamatan pelepasan diri. Ia memberikan kesan buruk jika rekabentuk dan cara pemasangan tidak diberikan perhatian. Kes-kes kematian kerana mangsa terperangkap disebabkan halangan jeriji semakin kerap terjadi.
Faktor utama yang menyebabkan insiden mangsa terperangkap telah dikenalpasti oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Ia adalah seperti berikut :
  • Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis statik atau tetap
  • Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis bermangga / kunci
Jumlah mangsa terkorban akan meningkat selagi tidak diambil langkah-langkah yang positif dan pro-aktif bagi mengelakkan kejadian mangsa terperangkap ketika kebakaran.

Isu dan Permasalahan
  • Terdapat kepercayaan umum bahawa kebakarantidak akan berlaku di kediaman mereka. Perhatian terhadap kaedah-kaedah keselamatan jeriji tingkap semasa kecemasan yang sesuai dan berkesan untuk menyelamatkan diri sering tidak dititikberatkan.
  • Risiko terperangkap didalam rumah kediaman jenis 2 dan 3 tingkat adalah lebih tinggi berbanding dengan rumah jenis setingkat kerana faktor jarak perjalanan (travel distance) yang lebih jauh dan sukar. Tetapi ini tidak bererti rumah setingkat lebih selamat sekiranya laluan kecemasan terhalang oleh bahan-bahan mudah terbakar dan pitu serta tingkap dipasang dengan jeriji jenis tetap
  • Kaedah-kaedah keselamatan kebakaran sepatutnya bermula daripada peringkat perancangan pembinaan rumah dan lebih-lebih lagi semasa rumah itu diduduki.
  • Terdapat banyak bangunan komersil dan rumah memasang pintu dan tingkap dengan jeriji jenis tetap sebagai langkah menghalang pencerobohan. Walaupun mengetahui risiko penggunaanya.
  • Faktor keselamatan (safety and security) jeriji tingkap kecemasan perlu diambil kira supaya ada keseimbangan untuk di pasang dijenis-jenis projek perumahan seperti berikut:
Rumah kediaman pekerja (asrama)
-  Rumah teres (konkrik) 1,2 dan 3 tingkat.
-  Rumah kelompok (cluster) 4 unit.
-  Rumah pangsa kos rendah/sederhana.  

Pemasangan Jeriji yang Sesuai
Rekabentuk dan ciri-ciri keselamatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Jeruji tanpa kunci yang mudah di buka dari dalam premis ketika kebakaran.
  • System pengunciannya perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
- Mudah dibuka oleh orang dewasa, tua dan kanak-kanak termasuk orang kurang upaya seperti cacat anggota (berkerusi roda) dan sebagainya.
-  Tidak berkarat.
-  Tahan lama dan tidak perlu penyelenggaraan yang rumit.  

Salah satu unsur terpenting ketika membuka jeriji tingkap kecemasan adalan sistem penguncian. Oleh yang demikian bagi mengelakkan sabarang kemungkinan kerosakan, sistem pembukaan seharusnya tidak mengandungi sebarang komponen yang memerlukan penyelenggaraan rapi
Pemasangan jeriji tingkap kecemasan sesuai ditempatkan di lokasi seperti berikut:
  • Bilik tidur.
  • Ruang tamu.
  • Tempat lain yang dikenalpasti oleh jabatan bomba dan penyelamat Malaysia sebagai laluan kecemasan ketika kebakaran.
* Daripada : http://www.bombaphg.gov.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
November 22, 2023 at 7:10 PM delete

Sila hubungi Addy 0182175663 untuk butiran Sistem Penguncian Jeriji Tingkap Kecemasan Automatik GRILOC...terima kasih https://www.youtube.com/watch?v=yuNsUWACBUM

Reply
avatar