10 Khasiat Dan Kelebihan Buah Delima
1) Mengandungi zat besi, kalsium, folforus dan vitamin
Buah
ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak
zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat
cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat
pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
2) Mempunyai khasiat anti-radang.
Dalam
perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir
merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah
delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak
dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.
3) Buah delima mengandungi antioksidan
Buah
delima mengandungi antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan
antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi
berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih
baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol
dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya
dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.
Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser dan
penyakit jantung.
4) Mencegah Penyakit Jantung
Buah
delima dapat melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National
Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan
arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah
delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat
di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang
terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit
koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan
menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran
darah menurun sebesar 18%.
5) Menurunkan Kadar Kolesterol
Buah
delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian
di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah
delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus.
Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
6) Mencegah Kanser
Buah
delima dapat Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki
khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima
dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel
sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
7) Mencegah Alzheimer
Buah
delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam
sebuah studio, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit
Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang
lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
8) Buah delima Sumber nutrisi
Sebiji
buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa,
bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan
vitamin A dan E.
9) Melindungi hati dan ginjal
Penelitian
terbaru menunjukkan bahwa ekstrak delima mencegah kerosakan ginjal dan
melindungi ginjal dari racun berbahaya. Selain itu, delima juga
melindungi hati Anda dan membantu untuk meregenerasi hati yang mengalami
kerosakan.
10) Buah delima dapat memberikan zat dan menyegarkan badan
Buah
delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan
dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan
mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu
buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga
bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan
darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan
jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia
mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula,
buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan
kurang lawas penghadaman.
EmoticonEmoticon