Saya ingin berkongsi pengalaman tentang proses PENDAFTARAN PEKAHWINAN.
Pok Vin orang negeri KELANTAN Kota Bharu.
Pok Meaw orang negeri KEDAH Baling.
Mula kena pilih dulu nk buat pendaftaran d nageri mana?
> JPN Baling.
Pihak Lelaki
Step 1: Pergi JPN Kota Bharu.
: Serah Borang JPN.KC13
: Gambar Berukuran Passport ( Lelaki & Perempuan seorang sekeping )
: Asal & Salinan IC, Surat beranak.
Step 2: Pegawai JPN akan tanya nk buat pendaftaran kat negeri mana.
: (pok meaw jawap, kat baling kedah).
: Pegawai JPN akan memberi SURAT TEMUJANJI UPACARA / KUTIPAN PERAKUAN PERKAHWINAN.
*BORANG JPN.KC13 akan di papar di JPN selama 21 hari, selepas 21 hari kena bawa SURAT TEMUJANJI UPACARA / KUTIPAN PERAKUAN PERKAHWINAN untuk menuntut surat pengesahan dari JPN Kota Bharu untuk serah ke JPN Baling masa hari pendaftaran perkahwinin nanti.
Pihak Perempuan
Step 1: Pergi JPN Baling Kedah.
: Serah Borang JPN.KC13
: Gambar Berukuran Passport ( Lelaki & Perempuan seorang sekeping )
: Asal & Salinan IC, Surat beranak.
: Pegawai JPN akan memberi SURAT TEMUJANJI UPACARA / KUTIPAN PERAKUAN PERKAHWINAN.
Step 2: Hari pendaftaran di JPN Baling Kedah.
: 1 Salinan IC saksi pihak lelaki n pihak perempuan.
: Membuat Upacara pendaftaran.
* Pengingatan pada hari pengupacaraan :-
- Pastikan kedua-dua pasangan dan saksi-saksi membawa Kad Pengenalan ASAL.
- Kedua-dua pihak yang akan berkahwin WAJIB berpakaian sopan dan kemas.
- T-shirt (Berkolar @ Tidak Berkolar ) / Jeans / Selipar / Seluar pendek TIDAK DIBENARKAN.
- Dua orang saksi dewasa berumur 21 tahun ke atas yang oleh dipercayai.