Pendaftaran Perkahwinan

Saya ingin berkongsi pengalaman tentang proses PENDAFTARAN PEKAHWINAN.

Pok Vin orang negeri KELANTAN Kota Bharu.
Pok Meaw orang negeri KEDAH Baling.

Mula kena pilih dulu nk buat pendaftaran d nageri mana?
> JPN Baling.

Pihak Lelaki
Step 1: Pergi JPN Kota Bharu.
         : Serah Borang JPN.KC13
         : Gambar Berukuran Passport ( Lelaki & Perempuan seorang sekeping )
         : Asal & Salinan IC, Surat beranak.
Step 2: Pegawai JPN akan tanya nk buat pendaftaran kat negeri mana.
         : (pok meaw jawap, kat baling kedah).
         : Pegawai JPN akan memberi SURAT TEMUJANJI UPACARA / KUTIPAN PERAKUAN PERKAHWINAN.

*BORANG JPN.KC13 akan di papar di JPN selama 21 hari, selepas 21 hari kena bawa SURAT TEMUJANJI UPACARA / KUTIPAN PERAKUAN PERKAHWINAN untuk menuntut surat pengesahan dari JPN Kota Bharu untuk serah ke JPN Baling masa hari pendaftaran perkahwinin nanti.

Pihak Perempuan
Step 1: Pergi JPN Baling Kedah.
         : Serah Borang JPN.KC13
         : Gambar Berukuran Passport ( Lelaki & Perempuan seorang sekeping )
         : Asal & Salinan IC, Surat beranak.
         : Pegawai JPN akan memberi SURAT TEMUJANJI UPACARA / KUTIPAN PERAKUAN PERKAHWINAN.
Step 2: Hari pendaftaran di JPN Baling Kedah.
         : 1 Salinan IC saksi pihak lelaki n pihak perempuan.
         : Membuat Upacara pendaftaran.

* Pengingatan pada hari pengupacaraan :- 
  1. Pastikan kedua-dua pasangan dan saksi-saksi membawa Kad Pengenalan ASAL. 
  2. Kedua-dua pihak yang akan berkahwin WAJIB berpakaian sopan dan kemas. 
  3. T-shirt (Berkolar @ Tidak Berkolar ) / Jeans / Selipar / Seluar pendek TIDAK     DIBENARKAN.
  4. Dua orang saksi dewasa berumur 21 tahun ke atas yang oleh dipercayai. 


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »