Hadiah dari Kak Ju

Hari nie nk cuba guna hadiah yang kak julia bagai hari jadi tu.
ini dia hadiah nyaaa..
Pemanggang Ajaib

Dalam peti ais ade ayam yang pok vin makan x habis lagi, sooo kita buat ayam bakar hari ni.
Bahan-bahan:
Isi ayam potong nipis *jgn nipis sangat
bawang putih,lada hiyam sos tiram n madu-gaul
perap dgn isi ayam tu, simpan dalam peti ais dalam 20minit
panggang dengan Pemanggang Ajaib
dalam 5 minit je siap untuk dihidang
ini lah rupa menu hari nie
campur dengan ulam y pok vin tanam
sedapppp ulam nieee segar xder bahan racun.




Asam Pedas Ikan Bilis

Menu Mingguan

Asam Pedas Ikan Bilis

Minggu nie pok meaw tinggal seorg, sbb pok vin kerja.
buka peti air hanya ade bendi sahaja, xder apo dah, nk keluar g beli lauk malas nyaaaa.
jadi masak apo y ade je.  Teringin nak makan asam pedas, so buat je loo asam pedas ikan bilis.

Bahan-bahan nya:
macam biasa je looo cuma gantikan iakn dengan ikan bilis je,
siap dah. Makannnn..

Pokvin & Pokmeaw

Ini adalah Pokvin
Kekasih Pokmeaw
sayang muahmuah

Ini adalah PokMeaw
Kekasih Pokvin
Sayang muahmuah
Saling sayang menyayangi.

Planning travel 2012

Planning travel 2012
Borang permohonan cuti untuk tahun 2012 sudah siap, tggu nk print n hantar ke pejabat saja, semua plan berjalan2 makan angin telah siap di plan. semoga semua perancangan y dibuat berjalan dgn lancar. 

Tahu 2012 ada beberapa destinasi untuk melancong.

Januari
- Bandung 
- Kelantan
- Kedah

Febuari
- PokVin - Philipino
- Valentine's Day dgn PokVin ( di rumah baru )

April 
- Saigon

May
Kucing

Jun
- Phuket



Box api dah pasang

Box api dah pasang
pagi td pergi tgk rumah baru, sudah pasang box elekterik dah, dinding y retal tu bt dah buat, tp x berapa puas hari lagi, sbb mcm diorg buat sekadar janji siap je. Cat pun masih xrata lagi. n ada y x cat lagi. selagi x puas hati saya selagi tu lah saya akan hantar borang aduan. sampai saya puas hati... Goram bonar

Dah mula potong

Akhir nyaaaaa..
Bulan ini (december) dah mulai potongan gaji untuk pinjaman perumahan-Satu. tgk slip gaji lain mcm je.. tp kikikiki ada sebuah rumah dah.... berbaloi-baloi..

E-penyata Gaji Click Sini

Lampu

Lampu
2 minggu lagi baru g jalan2 cari lampu n kipas untuk บ้านที่น่าอยู่ 
 semua barang pun bajet cipu jeee... 
beli y mampu saja,
xyah ikot org lain sangat
ukur poket sendiri..'kikikik'
ayatttttt..

J tolong nong

Weeewit...



J. gambar full depan rumah nong dlm HP, nong xbawa kad reader pulak..
j tgk lah padan x warna rumah dgn warna grill tu, kalau x padan warna putih nih padan x

Dapur

Ini lah dapur rumah pertama ku..
Buat masa ini xde plan untuk buat Kabinet Kitchen lagi (no bajet)
Jadi pakai y sedia ada saja..
Nnt bajet dah ada barulah buat Kabinet Kitchen.
Dapur ada 1 plug aje...

Dapur
Dapur idaman kuuuuu...
weeeeewit..
tukar garna oren jd warna gelap ckit...

Promosi!!! murah punyaa..

Semasa pergi ambik kunci rumah ada pulak org ikot, hujan2 pun dia sanggup naik moto ikot kikikiki... biar dia, nk ikot sangat ikot lah..  dia ikot sbb nk promosi pmasangan grill rumah.. 

"Abang nk pasang grill rumah x? saya ada promosi.
"Xnak dl lah, nnt2 lah,
"Abang ni Name kad saya. atau abang nk tgk2 katalog dulu ke.. saya boleh bg harga murah-murah kat abang.
"Saya x nk pasang lagi.
"Xpa abang leh tgk dulu. pasang kemudia pun xpa. Skrg saya ikot abang g rumah abang dl tgk mcm ner?
"Ok mcm nie lah. saya tgk dl, tp saya x pasti ambik dgn kamu, kamu nk ikot, ikot jelah.

Sampai kat rumah..
"Abang tgk pilih corak mana y abang nk, nnt saya bgtau harga,
" Tengok dulu pun x pa bang, byak corak. nnt saya kasi harga murah punya bang..!

Dalam Hati cakap: nk kira mcm mana, bawa name kad n buku katalog je, peralatan untuk ukur pun x bawa. nie mesti fiiiiit punya harga nie..

Buat gaya pilih lahhhh...

Pilih jenis besi sarong, ''ok abang kalau mcm nie saya kasi 17xx 1 rumah nei, siap dgn besi y 1 keping untuk pintu belakang tu.."
"Saya bt grill tepi tu xder lubang punya abang...
"byak taman sebelah pun bt dgn saya juga abang.. saya boleh tunjuk,
(cakap dalam hati: tunjuk-tunjuk saya sendiri pun boleh tunjuk maaa.. bukan nya org tu tahu pun, rumah nie bt grill dgn siapa.)

ini lah y dimaksudnya, tepi xde lubang tu.

errrrrrdiam sekejap, lepastu tunjuk pulak iron punya.. dia pun kata 17xx 1 rumah, eeeehhhh bukan ke iron punya harga mahal cikit(cakap dalam hati).

blasss...bla..bla..bla..bla.....

Last. mcm nie lah, kalau saya jdi ambik dgn kamu. saya akan call lah..
Perbincangan Grill Rumah

Warna Grill

Hari ini puas mencari kedai untuk tempah Grill rumah. Susah betul.. Akhir nye jumpa juga kedai abang Zaidi, Buat temu janji dengan Abang zaidi jumpa kat rumah baru, slepas abang Zaidi sampai, kita pun bincang pasal corak grill, saya nk cari corak ikan emas atau ikan koi lah... kikikikki lain daripada y lain sikit lah,(pelik). Akhir nya abang Zaidi pun calll lah tya member2 dia,kikkiki jumpa juga ikan tuuuuu... Lepas tu g lah ukur tingkap bilik, dapur n tandas. last bincang pasal harga, OOOKKK juga lah harga, bpatutan lah.. walaupun kita nk corak lain dari katalog y dia ada..

Corak yang saya pilih

Rasa Padan x kalau warna nie, Warna pintu cermin gelap ( hitam )
Warna Grill
saya pilih warna y pertama... rasa2 ok ke ko eh..

Solok Lada

Solok Lada
Bahan-bahan ( 5-8 biji -bergantung saiz cili )
5-8 biji cili hijau
3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya
1/2 cawan kelapa parut putih
3-4 biji bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
**Cara-cara
  • Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air.
  • Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis.
  • Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu.
  • Angkat dan bolehlah dihidangkan

Keselamatan Jeriji ( Grill )

Keselamatan Jeriji ( Grill )
Masalah berhubung kesan pemasangan grille (jeriji) telah banyak diperkatakan, khususnya tentang kebaikan dan keburukannya kepada penghuni rumah terutama di waktu kecemasan.
Fungsi jeriji ini berubah mengikut situasi dari aspek keselamatan pelepasan diri. Ia memberikan kesan buruk jika rekabentuk dan cara pemasangan tidak diberikan perhatian. Kes-kes kematian kerana mangsa terperangkap disebabkan halangan jeriji semakin kerap terjadi.
Faktor utama yang menyebabkan insiden mangsa terperangkap telah dikenalpasti oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Ia adalah seperti berikut :
  • Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis statik atau tetap
  • Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis bermangga / kunci
Jumlah mangsa terkorban akan meningkat selagi tidak diambil langkah-langkah yang positif dan pro-aktif bagi mengelakkan kejadian mangsa terperangkap ketika kebakaran.

Isu dan Permasalahan
  • Terdapat kepercayaan umum bahawa kebakarantidak akan berlaku di kediaman mereka. Perhatian terhadap kaedah-kaedah keselamatan jeriji tingkap semasa kecemasan yang sesuai dan berkesan untuk menyelamatkan diri sering tidak dititikberatkan.
  • Risiko terperangkap didalam rumah kediaman jenis 2 dan 3 tingkat adalah lebih tinggi berbanding dengan rumah jenis setingkat kerana faktor jarak perjalanan (travel distance) yang lebih jauh dan sukar. Tetapi ini tidak bererti rumah setingkat lebih selamat sekiranya laluan kecemasan terhalang oleh bahan-bahan mudah terbakar dan pitu serta tingkap dipasang dengan jeriji jenis tetap
  • Kaedah-kaedah keselamatan kebakaran sepatutnya bermula daripada peringkat perancangan pembinaan rumah dan lebih-lebih lagi semasa rumah itu diduduki.
  • Terdapat banyak bangunan komersil dan rumah memasang pintu dan tingkap dengan jeriji jenis tetap sebagai langkah menghalang pencerobohan. Walaupun mengetahui risiko penggunaanya.
  • Faktor keselamatan (safety and security) jeriji tingkap kecemasan perlu diambil kira supaya ada keseimbangan untuk di pasang dijenis-jenis projek perumahan seperti berikut:
Rumah kediaman pekerja (asrama)
-  Rumah teres (konkrik) 1,2 dan 3 tingkat.
-  Rumah kelompok (cluster) 4 unit.
-  Rumah pangsa kos rendah/sederhana.  

Pemasangan Jeriji yang Sesuai
Rekabentuk dan ciri-ciri keselamatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Jeruji tanpa kunci yang mudah di buka dari dalam premis ketika kebakaran.
  • System pengunciannya perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
- Mudah dibuka oleh orang dewasa, tua dan kanak-kanak termasuk orang kurang upaya seperti cacat anggota (berkerusi roda) dan sebagainya.
-  Tidak berkarat.
-  Tahan lama dan tidak perlu penyelenggaraan yang rumit.  

Salah satu unsur terpenting ketika membuka jeriji tingkap kecemasan adalan sistem penguncian. Oleh yang demikian bagi mengelakkan sabarang kemungkinan kerosakan, sistem pembukaan seharusnya tidak mengandungi sebarang komponen yang memerlukan penyelenggaraan rapi
Pemasangan jeriji tingkap kecemasan sesuai ditempatkan di lokasi seperti berikut:
  • Bilik tidur.
  • Ruang tamu.
  • Tempat lain yang dikenalpasti oleh jabatan bomba dan penyelamat Malaysia sebagai laluan kecemasan ketika kebakaran.
* Daripada : http://www.bombaphg.gov.my

Panduan Membeli Rumah Baru

Panduan Membeli Rumah Baru
Panduan membeli rumah baru ni mungkin sedikit berbeza daripada apa yang anda biasa dengar atau baca. Namun, menjadi harapan saya agar ianya sedikit sebanyak dapat membantu bakal pembeli yang lebih berminat membeli rumah direct daripada pemaju. Perlu diingat, kalau tips membeli rumah sebelum ini lebih menjurus kepada pemilihan kawasan, panduan membeli rumah baru ini pula lebih kepada pemilihan perumahan, projek atau unit tu sendiri.


Panduan Membeli Rumah Baru #1: Jangan Kelabu Dengan Janji Manis

Bukit beruntung dulu digembar-gemburkan sebagai Airport KL yang baru. Malangnya, impian hanya kenangan bila KLIA terletak di Sepang. Orang yang percaya dengan angan-angan ni rugi teruk bila beli rumah kat sana dengan harga yang sangat mahal. Nak sedapkan hati, ramai jugak buat rumah tu sebagai ‘weekend resort’ sebab sunyi jauh dari kota. Sampai sekarang kalau jual separuh harga pun belum tentu orang nak beli.

So berhati-hati lah bila bakal pemaju letakkan “tapak stesen LRT”, “proposed highway extension” atau “pusat membeli belah” sebagai pelaris. Pembangunan Malaysia masih banyak dipengaruhi unsur politik. Dan politik Malaysia kelihatan semakin menarik!


Panduan Membeli Rumah Baru #2: Jangan Tertipu Dengan FREE Stuff

Free SPA, guaman loan agreement percuma, bayaran faedah semasa construction ditanggung pemaju & pinjaman 110%; ini semua teknik jualan syarikat hartanah. Pemaju paling suka tanggung SPA (Sales & Purchase Agreement) supaya perjanjian tersebut dapat melindungi kepentingan mereka. Itu yang ada projek terbengkalai tapi pembeli kena bayar penuh pula. Memandangkan kesemua FREE stuff ditanggung pemaju, harga rumah pun dinaikkan sedikit. Namun, ramai pembeli tak sedar akan hal ni.

There is no such thing as free lunch, remember?

Benda-benda free ni banyak menjemput spekulator daripada pembeli rumah tulen. So bersedia la dengan lambakan iklan FOR SALE untuk separuh daripada rumah di kawasan perumahan tersebut.


Panduan Membeli Rumah Baru #3: Jangan Terpedaya Dengan Show Unit

Belum pernah lagi saya masuk show unit yang betul-betul kosong. Pasti show unit tersebut siap renovate dengan perabot yang betul-betul matching. Apa yang pemaju lupa nak beritahu, kalau nak renovate rumah sebegitu bersama dengan perabot yang sesuai, paling kurang RM200,000.

Jangankan renovation, grill, lampu & kipas pun tadak tau.

Tu yang kebanyakan pembeli rumah baru pasti renovate rumah sebelum masuk, partly because dah tengok rumah tu dengan interior design (ID) yang sangat lawo. Apa yang penting dalam show unit ni ialah hayati layout rumah tersebut sama ada ia sesuai dengan cara hidup anda atau tidak. Juga plan sama ada renovation nanti susah atau senang.


Panduan Membeli Rumah Baru #4: Elakkan Rumah Yg Mengadap Jalan Besar
Bunyi bising, asap & habuk antara sebab kenapa rumah yang mengadap Jalan Besar susah cikit nak jual. Juga sebab-sebab tersebut, nilainya lebih rendah berbanding unit-unit yang lain sekitarnya.

Panduan Membeli Rumah Baru #5: Elakkan Rumah Berdekatan Kumbahan
I think semua pun tahu kenapa la kan? Terutamanya jika anda bakal membeli rumah, apartment mahupun flat yang berharga kurang daripada RM50,000 di KL/ Selangor. Dunia ni tidak adil? Unfortunately, YES.

Kerajaan tempatan perlu seimbangkan keuntungan pemaju dengan kepentingan rakyat; so susah nak cakap. Namun ada juga rumah teres berharga RM250,000 yang terletak betul-betul sebelah loji kumbahan. Ramai pembeli tertipu sebab sistem kumbahan tersebut diliputi pokok-pokok hutan yang tebal. Pastikan anda bukan orangnya!


Panduan Membeli Rumah Baru #6: Jangan Terlalu Dekat Dengan Kedai

Memang betul lebih dekat dengan pusat komersil lebih mudah untuk kita beli barang, cucuk duit ataupun keluar makan. Namun untuk rumah LANDED tanpa G&G, terlalu dekat dengan pusat komersil mengundang penjenayah. Sebab susah untuk kita bezakan orang yang keluar masuk tu betul-betul pemilik rumah atau pun bakal perompak/ pencuri.

Kes yang paling popular ialah pencuri serbu time pemilik rumah tersebut cuba buka pagar rumah untuk masukkan kereta. Now you know kenapa jualan AutoGate sangat laris di pasaran…


Panduan Membeli Rumah Baru #7: Elakkan T-Junction & No 4

Saya tak percayakan fengshui. Tapi saya percaya kalau tak consider semua kepercayaan yang ada (kalau tak semua pun, sebanyak yang mungkin) dalam membeli rumah, kita boleh merana bila cuba nak jual atau sewa. Ini just in case, tak sapa tahu apa nak jadi in the future (bil perubatan yang tinggi, anak nak belajar luar negeri, kena tukar tempat kerja etc).


Pemaju yang bijak akan skip no 4 & 13 dan seboleh mungkin elakkan membina rumah yang mengadap T-junction. Namun tak semua pemaju ni bijak. Hatta pemaju popular pun tak banyak yang ambil tindakan ini.

Cukup bersedia nak beli rumah baru?


Sebelum harga rumah semasa naik 2x ganda?

* Daripada http://mysuperkids.net/panduan-membeli-rumah-baru/

Setelah dapat Kunci Rumah

Setelah dapat Kunci Rumah
PERALATAN yang diperlukan semasa check defect pada rumah baru siap atau rumah sewa.
  • Masking tape - Tape yang kaler putih/cream tu. Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
  • Marker Pen - Warna merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.
  • Kertas A4 - Tulis kan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Air. 
  1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.
  2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.
  3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.
  4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.
  5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.
  6. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je).
  7. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Elektrik
  1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius (suis yg kecik & banyak tu, tak tau nama) tu satu persatu...
  2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem..
  3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan...
  4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan depa dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah..

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Jubin (Tiles)
  1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...
  2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...
  3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Pintu dan Kunci 
  1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..
  2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..
  3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...
  4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jgn simpan tangga kat belakang rumah...
  5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...
  6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..
  7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Grill besi atau Geriji 
  1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti..
  2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...
  3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...
  4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besu yang ditanam dan weld ke tingkap..
  5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drp luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan bumbung, atap atau ceiling (roof)
  1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ...
  2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu.pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta depa replace segera...
  3. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu.
  4. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukat kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung...
  5. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan...

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan tangki air
  1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..
  2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install depa pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...
  3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, depa akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...
  4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...
  5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...